atk.atika92
3 tahun
Anak leukemia ALL b cell
Pertama kali berehat di rumah selepas taman fasa 2, apakah tanda tanda anak pucat atau kukurang darah. Hospital dan rumah agak jauh
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, tanda kurang darah adalah seperti berikut:
- Rasa lemah, lesu, kurang tenaga dan daya untuk bekerja.
- Lelah, rasa seperti nafas tidak mencukupi, bernafas dengan tercungap-cungap, terutama sekali apabila melakukan aktiviti fizikal.
- Pening atau rasa ingin pitam.
- Rasa jantung berdebar
- Kulit dan muka pucat.
- Denyutan nadi lemah dan deras.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.