Sulit
3 tahun
Talasemia hbe…adakah ianya membahayakan
Saya wanita berumur 31 tahun…belum berkahwin…doktor mengesahkan saya ada penyakit talasemia hbe…boleh doktor terangkan tentang penyakit ini…adakah memberi kesan kpd kshtn sy…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan soalan yang diberikan oleh anda, talasemia merupakan penyakit genetik keluarga (familial) di mana badan membuat hemoglobin yang tidak normal ataupun penghasilan hemoglobin yang tidak cukup. Talasemia tidak berbahaya sekiranya ianya dikawal.
Hemoglobin merupakan protein yang membawa oksigen ke seluruh badan. Dengan kekurangan hemoglobin, anda akan mengalami masalah anemia (kekurangan darah merah) disebabkan oleh sel darah merah yang musnah.
Ketahui dengan lebih mendalam mengenai penyakit talasemia daripada doktor pakar hematologi kami.
Antara gejala dan tanda seseorang yang mengalami masalah talasemia adalah seperti berikut:
- Pucat
- Sering lemah atau lesu
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Denyutan nadi yang laju
- Pitam
- Pening kepala
- Sakit kepala
Rawatan talasemia bergantung kepada status keterukan anemia. Pesakit talasemia sering kali memerlukan transfusi darah disebabkan kandungan darah merah yang sikit di dalam badan. Sekiranya pesakit talasemia ingin hamil atau sedang hamil, pemantauan rapi akan dibuat oleh doktor. Disebabkan ia merupakan penyakit genetik, anak anda mempunyai peluang untuk menghidap penyakit ini atau menjadi pembawa penyakit ini.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut mengenai talasemia ataupun penyakit lain, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.