Sulit
3 tahun
Penyakit Talassemia atau kelainan darah
Bulan lepas saya ada buat ujian “Talassemia studies” sebab hendak tahu status Talassemia saya… Bila result keluar dekat ruangan komen dia tulis "finding are suggestive of HbE Trait " apa maksud dia …biasa saya dengar minor or major Talassemia …apa itu HbE trait ?..
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor
Kami memahami kebimbangan anda mengenai penyakit Thalassemia. Untuk makluman anda, penyakit Thalassemia merupakan penyakit keturunan yang melibatkan kualiti darah.
HbE trait (hemoglobin E trait) adalah salah satu petanda adanya sifat keturunan thalassemia pada darah seseorang. Namun, ini belum mengesahkan seseorang itu mempunyai masalah kesihatan, walaupun mungkin mempunyai sel darah merah yang lebih kecil daripada biasa. Ujian susulan lain masih diperlukan sebelum mendiagnosis seseorang itu menghidap Thalassemia. Konsultasi dengan ahli hematologi disyorkan jika anda mengalami tanda-tanda atau gejala anemia, atau jika terdapat riwayat gangguan darah yang diketahui dalam keluarga.
Thalasemia adalah kumpulan penyakit yang mengakibatkan kecacatan kualiti darah. Keadaan ini disebabkan oleh kecacatan genetik yang mengawal penghasilan hemoglobin. Hemoglobin adalah protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Penghidap penyakit thalassemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dan berkualiti. Badan manusia bergantung pada tahap hemoglobin yang berfungsi dengan baik.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan keterangan atau diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih