jehena4817
3 tahun
Talesimia Dn Sakit jantung
Boleh saya tahu, adakah penghidap telesimia juga boleh kena penyakit berkaitan jantung?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, Talasemia merupakan masalah yang pada bacaan kod protein hemoglobin darah dan akhirnya menyebabkan struktur sel darah marah yang tidak sempurna. Fenomena ini menyebabkan oksigen tidak dapat melekat dengan baik pada sel darah merah dan akhirnya menyebabkan ketersampaian okisgen pada badan berkurangan.
Apabila badan kurang mendapatkan okisgen, jantung akan berkerja keras sebagai tindak balas untuk meningkatkan oksigen dalam badan. Jika perkara ini berlarutan, otot jantung akan membengkak kerana berkerja terlalu kuat.
Namun begitu, tidak semua pesakit Talasemia akan mendapatkan komplikasi seperti ini. Perlu juga diingat bahawa terdapat komplikasi lain juga boleh terjadi pada organ lain untuk pesakit Talasemia.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.