Sulit
3 tahun
Darah cair adakah ia berbahaya? Perlukan rawatan segera?
Saya wanita berumur 22 tahun. Soalan saya bagaimana nak pekatkan darah jika darah cair. Saya pernah cuba untuk derma darah tetapi tidak kesampaian disebabkan petugas beritahu yang darah saya cair. Sejak dari situ saya dapat tahu yang darah saya cair. Adakah berbahaya?? Saya juga kerap ada kesan lebam dia anggota badan. Kesan lebam yang melebihi satu minggu. Saya ada membaca berapa simptom mengenai darah cair. Saya selalu memaikai lipstick dari dulu sehingga sekarang diisebabkan muka saya sentiasa pucat lebih lebih lagi bahagian bibir. Kawan kawan saya selalu bertanya kepada saya jika saya tidak sihat.
4 tahun
Jika darah dalam badan “cair” iaitu kurang sel platelet untuk membekukan darah, maka seseorang itu akan mudah berdarah walaupun dengan luka yang kecil dan ini akan sukar berhenti. Ianya adalah lebih bahaya jika berlaku pendarahan dalaman seperti dalam otak yang menyebabkan strok.
Sekiranya anda mempunyai masalah-masalah ini, anda disarankan untuk merujuk dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.