Sulit
3 tahun
Badan tidak hasilkan hemoglobin dengan baik
Hi Doctor. Sy seorang wanita berumur 28 tahun, lately kerap pening kepala dan mudah letih. Sy nak tanya kalau hemoglobin sy normal ke kalau paras 10? Sy pernah dapatkan rawatan dan ambil ubat seperti folic acid, b complex, vitamin c dan lain lain. Tetapi bacaan hb sy still tak berubah. Untuk pengetahuan Doctor, sy belum berkahwin dan tidak mempunyai sejarah penyakit lain.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah bacaan hemoglobin yang rendah, seperti:
- Kekurangan zat besi (iron deficiency anemia)
- Kekurangan vitamin B
- Thalassemia
- G6PD
- Penyakit buah pinggang
- Kanser
- Pendarahan terlalu banyak atau berpanjangan semasa datang haid
Selain itu, bacaan hemoglobin (Hb) yang normal adalah 11 hingga 17 g/dL. Namun begitu, ia bergantung kepada faktor umur dan jantina juga.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Ia juga boleh disebabkan oleh beberapa faktor lain yang tidak kami sebutkan. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana anda menunjukkan gejala kekurangan darah merah (anemia).
Pakar hematologi sedia membantu anda dalam menangani masalah anemia atau kekurangan darah anda.
Sila berjumpa dengan doktor segera sekiranya anda kerap mengalami gejala berikut:
- Letih dan lemah badan
- Pening kepala
- Sakit kepala
- Sakit dada
- Sukar bernafas
- Pucat
- Pitam atau hampir pitam
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.