Sulit
3 tahun
Penyakit Leukimia darah putih
Salam doc…sy penghidap penyakit leukimia…apa punca sy kena penyakit ni?bahaya tak?mcm mana nk atasi masalah ni?terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Penyakit leukemia pada umumnya bermaksud lebihan sel darah putih dalam darah. Ia berlaku apabila tulang sum-sum menghasilkan lebihan sel darah putih yang kurang matang dan seterusnya memasuki saluran darah. Apabila terdapat terlalu banyak sel darah putih yang beredar dalam badan, ia akan menyebabkan darah menjadi pekat dan boleh mengakibatkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan kematian organ. Selain itu, pertumbuhan sel darah putih yang kurang matang juga bermaksud mereka tidak dapat melawan jangkitan kuman dan parasit secara efektif dan ini akan mengakibatkan badan mula menjadi lemah.
Leukemia terdapat pelbagai jenis dan rawatannya juga adalah khusus. Antara kaedah rawatan bagi penyakit ini adalah seperti kimoterapi dan pembedahan pemindahan tulang sum-sum. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah oleh pihak hospital diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Terima kasih.