Sulit
3 tahun
Apa kaitan Animea dan leukimia
Saya wanita 20an…saya penghidap animea…saya ingin bertanya,adakah pesakit animea berkemungkinan akan menghidap leukimia?adakah animea dan leukimia saling berkaitan?
4 tahun
Salam sejahtera,
Anemia merupakan keadaan di mana seseorang itu menghidapi maslah kekurang sel darah merah dalam badan.
Leukemia pula ialah sejenis kanser darah yang berasal dari sum-sum tulang. Sum-sum tulang boleh dijumpai dalam semua tulang dalam badan dan ia memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan darah. Sel-sel leukemia merupakan sel kanser yang luar biasa, berupaya membiak dengan cepat dan hidup lebih lama berbanding sel-sel darah biasa.
Oleh itu, sel-sel leukemia boleh menjejaskan fungsi sum-sum tulang dan mengganggu penghasilan sel-sel darah yang normal. Leukemia boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama, iaitu leukemia jenis akut dan kronik. Leukemia yang akut disebabkan oleh sel-sel kanser yang tidak matang dan berupaya membiak dengan cepat, manakala leukemia yang kronik disebabkan oleh sel-sel kanser yang matang dan membiak dengan lebih lambat.
Setiap jenis leukemia ini boleh dibahagikan lagi kepada jenis “Lymphoid” dan “Myeloid” berdasarkan asal sel darah.
- Acute lymphoblastic leukemia (ALL)
- Acute myeloid leukemia (AML)
- Chronic lymphocytic leukemia (CLL)
- Chronic myeloid leukemia (CML)
Faktor yang boleh miningkatkan risiko seseorang itu mendapat penyakit leukemia termasuk pendedahan kepada radiasi, pendedahan kepada bahan kimia tertentu dan penyakit genetik tertentu.
Tanda-tanda leukemia berpunca dari kegagalan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel-sel darah yang sihat:
- Keletihan – Disebabkan oleh kekurangan darah merah
- Tanda pendarahan seperti lebam-lebam – Disebabkan oleh kekurangan sel darah platelet
- Demam yang berpanjangan
- Kehilangan selera makan
- Berat badan turun secara mendadak
- Kesakitan dalam tulang dan sendi
Diagnosis penyakit leukemia boleh dipastikan melalui pemeriksaan sum-sum tulang. Rawatan leukemia bergantung pada jenis leukemia yang dihidapi. Penyakit leukemia jenis akut memerlukan rawatan kemoterapi yang intensif. Sesetengah kes yang berisiko tinggi untuk berulang akan memerlukan pemindahan sum-sum tulang.
Penyakit leukemia jenis kronik pula biasanya dirawati dengan ubat-ubatan. Semua rawatan-rawatan ini bertujuan untuk menghapuskan sel-sel leukemia agar sel-sel darah yang normal boleh tumbuh dengan biasa. Kini, kebanyakan kes penyakit leukemia mampu disembuhkan.
Sila link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.