
anonymous00
4 tahun
Air liur berlebihan dalam mulut menyebabkan kurang selesa
Saya lelaki berumur 20 tahun mengalami air liur yang berlebihan. Saya asyik membuang air liur di mana saja jika mulut saya dipenuhi dengan air liur. Hal ini menyebabkan saya berasa kurang selesa. Apakah penyebab air liur berlebihan dan cara mengatasinya ?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kelenjar air liur yang terlalu aktif
- pengambilan makanan berkanji yang banyak
- batu dalam kelenjar air liur (siadolithiasis)
- jangkitan kuman dan bakteria pada struktur tonsil, tekak dalam ataupun quincy
- masalah saraf seperti myasthenia gravis, Bell’s palsy
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.