
Sulit
3 tahun
Ambil Vaksin selepas positif covid
saya positif covid pada 12/4/2021.pada 27/5/2021 saya dipanggil untuk mendapat suntikan vaksin. boleh ke saya mengambil suntikkan vaksin.?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Untuk pengetahuan anda, bekas pesakit COVID-19 boleh mengambil vaksin tersebut selepas 3 bulan atau 90 hari selepas dijangkiti virus tersebut. Berdasarkan kenyataan yang diberikan oleh anda, kami sarankan anda menghubungi pihak JKJAV untuk mengatur semula tarikh suntikan anda dan anda perlu menyatakan kepada mereka anda mempunyai sejarah jangkitan COVID-19.
Talian JKJAV:
Telefon: 1-800-88-8828
Emel: info@vaksincovid.gov.my
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di Klik di sini untuk bercakap dengan doktor untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini