
teluki881
5 tahun
Batuk berpanjangan sampai muntah
Saya berumur 37thn…Sy mengalami batuk berpanjangan sjk 2mggu…Saya telah bjumpa doktor dan doktor mengatakan tongsil sy ok x luka…Masalahnya batuk saya tak bkurangan …Malah setiap kali batuk di sertai dengan muntah kahak yang kekuningan…Keluar dari mulut dan hidung…Bagaimana cara mengatasinya? Ubt yang di berikn doktor makin habis tp batuk x berkurangan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca batuk berpanjangan:
• Jangkitan bakteria atau virus
• Asthma
• Allergic Rhinitis
• Pneumonia
• Penyakit tibi
• COPD
Batuk yang disebabkan oleh jangkitan bakteria biasanya adalah lebih sukar sembuh berbanding jangkitan virus.Disebabkan anda muntah kahak yang kekuningan anda mungkin dijangkiti jangkitan bakteria.Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Untuk melegakan batuk anda dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.