Anonymous
5 tahun
Batuk lebih 2 bulan batuk bekahak
Saya telah mengalami batuk lebih dari 2 bulan. Saya dah pergi klinik diberi antibiotik dan bena expectorant. Tapi tak bekesan batuk still masih ada lagi. Ubat farmasi seperti ubat batuk cap kelapa laut, ubat batuk ibu dan anak, ubat batuk prospan, lozenge strepsils 2 kotak, lozenge woods 2 kotak, dan lozenge gunko tapi masih juga tak sembuh-sembuh. Dari batuk kering sekarang saya dah batuk bekahak. Warna kahak putih+kuning/hijau. Seterusnya patut tak saya try mucinex. Apa juga ubat yang sesuai untuk sembuhkan batuk saya.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, ubat mucinex biasanya digunakan untuk merawat masalah:
- Batuk
- Kesesakan dada
Mucinex berfungsi untuk melegakan gejala-gejala keadaan ini tetapi bukan rawatan untuk penyebab utama kesesakan atau mengurangkan masa keseluruhan penyakit-penyakit ini. Oleh itu, anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor dengan segera untuk rawatan selanjutnya.
Selain daripada ubat batuk, anda boleh melegakan batuk & kahak dengan beberapa langkah:
- Mengambil minuman panas tanpa gula seperti air lemon dan madu
- Kurangkan makanan pedas dan berminyak
- Jauhi rokok atau orang lain yang merokok
- Minum air putih dengan kerap
- Dapatkan rehat yang secukupnya
Sekiranya batuk & kahak anda masih berlarutan, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami bagi mendapatkan rawatan selanjutnya. Terima kasih.