
imanhakim1129
3 tahun
Bercakap dengan diri sendiri
Saya remaja dalam 21 tahun. Saya sering bercakap dengan diri sendiri. Cuma percakapan saya ni ibarat saya bercakap dengan orang. Tambahan pula bila saya bercakap tu ibarat mcm ada 2 orng supporter yg bercakap dngn saya. Contoh macam :
Saya : Esok hari apa eh
B : Esok hari isnin leee
C : Weh, bukan isnin ni last date assignment ke??
Setiap kali saya bercakap sorang², akan ada satu bahagian di mana saya menggunakan frasa KITA. Contoh seperti, “Weh, esok kita pergi makan kt kedai tu nak?”.
Tambahan pula, keadaan saya bercakap dengan diri sendiri jauh lagi banyak daripada saya bercakap dengan rakan sebenar. Saya tak terlalu bergaul dengan rakan dan saya tak tau langsung mcm mana nak bergaul dengan rakan saya melainkan kalau ada hal penting. Tapi bila saya bercakap dengan diri sendiri seolah-olah saya ada ramai kawan. Adakah ini normal atau saya memang ada masalah?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat sesetengah situasi di mana bercakap dengan diri sendiri boleh bertindak sebagai petunjuk masalah psikologi. Apabila anda bercakap dengan diri sendiri digabungkan dengan perlakuan yang boleh mencederakan diri, ia adalah petunjuk bagi masalah emosi. Sekiranya anda melihat seseorang yang bercakap dengan diri sendiri yang melibatkan pengucapan frasa secara berulang, mantra atau nombor, ia mungkin juga satu petunjuk masalah emosi sekiranya ia bersifat mengganggu dan sukar untuk dihentikan.
Bercakap dengan diri sendiri juga akan menjadi satu kebimbangan sekiranya ia adalah manifestasi bagi halusinasi. Ia berbeza dengan bercakap dengan diri sendiri secara normal yang mana anda mengetahui apa yang diperkatakan oleh diri anda.
Namun, selagi mana anda mengetahui apa yang sedang anda perkatakan, ia bukanlah menunjukkan bahawa anda sedang mengalami halusinasi. Halusinasi hanya terjadi apabila anda sendiri tidak menyedari apa yang keluar daripada mulut anda. Jika anda sering bercakap sesuatu kepada diri anda dan percakapan tersebut adalah benar dan diketahui serta difahami oleh anda,ia adalah sesuatu yang normal.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.