
Sulit
4 tahun
Bernafas secara manual /sedar
Saya wanita berumur 32 tahun… saya mengalami masalah pernafasan… saya sedar saya bernafas dan saya bernafas secara manual… sata bernafas secara sendiri bukan automatik… batuk tiada… sakit tekak tiada… sakit dada tiada… dari bangun tido sampai tido perkara ini berlaku… saya dah berjumapa doc kata saya ada anxiety… sudah 9 bulan perkara ini berlaku… macam mana saya nak dapatkan pernafasan secara normal atau automatik semula

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk mengetahui penyebab sebenar masalah yang anda hadapi, pemeriksaan lebih lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan pakar, sekiranya gejala anda berlarutan.
Kami sarankan anda untuk rehatkan diri anda dan tenangkan fikiran anda dahulu. Anda boleh cuba untuk bernafas melalui hidung dan hembus semula secara semula jadi. Perut anda akan naik dan turun dan bukannya bahu anda. Anda boleh juga cuba untuk melakukan senaman pernafasan ini untuk menenangkan diri anda:
- Bernafas melalui hidung
- Tahan nafas selama 3 saat
- Hembus nafas semula melalui mulut
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa cara untuk anda mengatasi masalah ini seperti:
- Ubat untuk anxiety (anxiolytics)
- Kaunseling bersama pakar
- Cognitive behavioral therapy
- Senaman pernafasan
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga atau kawan rapat yang lebih memahami
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.