
Sulit
5 tahun
Buang air besar keluar darah menitik
Saya wanita, umur saya 21. Saya kerap buang air besar keluar darah yang menitik nitik darah dia. Tapi tak sakit. Saya kerap berak berdarah ni dari awal tahun lepas. Tapi time tu tak kerap sangat. Sekarang dah jadi sangat kerap. Selang sehari saya akan berak berdarah. Lepastu, saya macam ada rasa something dekat luar dubur saya. Dia macam ada daging. Saya ingat buasir saya terkeluar. Tapi dia tak hilang hilang pun sampai sekarang. Something yang ada dekat luar dubur saya pun tak rasa sakit. Saya ada pergi doktor. Tapi doktor tu kata saya buasir biasa je. Tapi sekarang dah terlalu kerap. Saya malu nak jumpa doktor lagi. Sebab time saya jumpa doktor tu, dia kata awak muda lagi dah kene buasir… saya malu nak jumpa doktor dah.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat dua jenis buasir yang mana satunya sakit, sedangkan satu lagi tidak sakit. Buasir boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pemakanan serat rendah dan najis berkaliber yang lebih kecil menyebabkan seseorang mengalami ketegangan ketika mengalami membuang najis, meningkatkan tekanan di dalam pembuluh darah.
- Pengambilan cecair yang tidak cukup
- Kehamilan dikaitkan dengan pembengkakan buasir dan mungkin disebabkan oleh tekanan rahim pada rektum dan dubur.
- Perubahan hormon dengan kehamilan boleh melemahkan otot yang menyokong rektum dan dubur.
- Duduk berpanjangan di tandas boleh meningkatkan tekanan di dalam saluran darah buasir
- Obesiti
- Cirit-birit yang akut atau kronik
- Kanser kolon
- Pembedahan rektum sebelum ini
- Kecederaan tulang belakang
- Batuk dan bersin yang teruk
Sebetulnya, pengambilan ubat buasir tersebut hanyalah bersifat simptomatik yang mana bermaksud ubat tersebut hanyalah bertujuan untuk mengurangkan sakit tetapi bukanlah untuk mengatasi penyebab buasir anda. Justeru, sebaiknya yang dilakukan adalah anda kenalpasti dan atasi punca buasir yang terjadi pada anda sesuai senarai diatas terlebih dahulu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.