
Sulit
4 tahun
Bulu kening gugur dengan ketara secara tiba tiba
Saya tolong tanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya lelaki umur 19 tahun. Baru2 ni dia mengadu bulu kening dia belah kiri tiba2 gugur sendiri macam kena cukur, ketara sangat sampai nampak separuh ja. So rasa pelik la sebab tiba2 ja jadi. Apa kena buat ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang sedang dihadapi oleh kawan anda tetapi kami memerlukan lebih banyak maklumat lanjut mengenai keadaannya. Namun begitu, terdapat beberapa sebab mengapa beliau boleh mendapat gejala sedemikian:
- Iritasi atau keradangan di bahagian kelopak mata atau mata secara keseluruhan
- Iritasi atau keradangan disebabkan oleh bahan kosmetik yang dipakai
- Stress
- Alopecia
- Masalah tiroid; masalah tiroid samada hiper ataupun hipotiroid dapat mengubah kualiti bulu dan rambut seseorang
- Kanser kulit
Hubungi pakar mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.
Ini hanyalah pandangan dan jawapan kami secara am. Beliau perlu berjumpa dengan doktor pakar untuk diperiksa dengan lebih lanjut supaya kesimpulan dapat dibuat dan rawatan dapat diberikan.
Jika anda dan kawan anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah. Terima kasih.