
Wannuramira
6 tahun
Darah putih berkurang
Kenapa darah putih rakan saya semakin berkurang sehingga 3.19.Setiap hari doktor mengambil darah rakan saya dan darah tersebut diambil selama 6 hari dan darah putih rakan saya semakin berkurang dari hari ke hari.

6 tahun
Hai, selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, adalah sukar untuk saya membuat kesimpulan mengenai masalah yang rakan anda hadapi. Maklumat lebih lanjut adalah diperlukan kerana terdapat pelbagai punca kekurangan darah putih.
Julat normal sel darah putih dalam badan manusia adalah 4.0 - 11.0 x 10^9 /L. Sel darah putih adalah sel imuniti yang melindungi tubuh tertutamanya apabila jangkitan berlaku. Oleh itu, dalam keadaan ini, sel darah putih akan meningkat dan menurun apabila jangkitan beransur sembuh.
Antara punca sel darah putih yang rendah adalah:
- Jangkitan virus: jangkitan virus ini boleh mengganggu sum sum tulang yang berfungsi mengeluarkan sel - sel darah
- Masalah autoimun : Tubuh mengeluarkan antibodi yang memusnahkan sel tubuh yang lain
- Jangkitan yang teruk : keadaan ini menyebabkan sel darah putih musnah lebih cepat dari kadar ia dihasilkan
- Kanser
- Pengambilan antibiotik
- Penyakit abnormaliti darah seperti leukemia, aplastik anemia dan lain-lain
- Rawatan seperti kemoterapi atau radioterapi.
Oleh itu, saya sarankan agar rakan anda meneruskan ujian dan rawatan yang disarankan oleh doktor untuk mengetahui masalah yang dihadapinya. Sekiranya anda ingin mendapatkan pandangan, anda boleh merujuk kepada doktor kami yang bertauliah secara atas talian di link ini (DoctorOnCall). Harap membantu. Terima kasih.