
iqbalrizul
4 tahun
Demam panas berulang
Saya dah demam dalam dua minggu lepas,minggu ni saya demam lagi dengan condition yang lebih teruk,tapi lepas saya makan panadal actifast pening kepala saya hilang,badan juga rasa dah sihat,tapi suhu badan masih rasa panas

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah demam ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Sekiranya demam anda tidak berlarutan dan sembuh dengan sendirinya, berkemungkinan besar ianya disebabkan oleh jangkitan virus yang merupakan antara penyebab terbesar demam. Akan tetapi, saya tidak menolak kemungkinan lain kerana maklumat serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan mengenai masalah anda dibuat.
Selain itu, rasa panas adalah subjektif. Maka penilaian objektif dengan me nyukat suhu badan dengan thermometer adala diperlukan. Suhu melebihi 37.5 darjah selsius dikira demam.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.