
Sulit
5 tahun
Demam, sakit kepala, lenguh badan
saya deman, rasa panas bahagian mata muka…
sakit dan lenguh2 badan, sentiasa rasa sejuk…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, demam adalah merupakan reaksi tubuh badan kita terhadap sesuatu penyakit terutama jangkitan kuman dan virus. Demam bukan penyakit, tetapi demam adalah merupakan gejala bagi sesuatu penyakit. Suhu tubuh manusia yang normal adalah sekitar 36.5℃-37.5℃.
Merujuk kepada kes anda, sukar untuk dinilai apakah demam ini tinggi atau tidak kerana deskripsi tentang demam adalah subjektif. Seharusnya anda memeriksakan suhu tubuh anda dengan termometer. Melihat kepada gejala lain seperti sakit kepala dan lenguh badan, sebaiknya anda merujuk ke doktor dan dilakukan pemeriksaan yang sesuai agar dapat ditangani dengan lanjut kerana dikhuatiri terkena penyakit demam denggi, demam chikungunya, demam tifoid dan lain-lain.
Bagaimanapun, bagi mengubati masalah anda dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.