Anonymous
5 tahun
Demam sudah seminggu
Saya berumur 21 tahun. Saya mengalami demam on off. Sudah seminggu ubat antibiotik pon dah habis. Apakah saya perlu rujuk doktor kembali? Kadang kepala pening, sakit tubuh dan akan rasa makanan tersekat di tekak apabila makan. Saya hanya boleh makan dalam kuantiti yang sedikit. Kadang kadang sukar untuk bernafas.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Demam selama seminggu boleh disebabkan oleh:
Virus
Jangkitan bakteria
Keletihan haba
Keadaan keradangan tertentu seperti arthritis rheumatoid - keradangan lapisan sendi anda (synovium)
TumorBeberapa imunisasi, seperti diphtheria, tetanus dan pertusis acellular (DTaP) atau vaksin pneumokokal
Kami sarankan anda mendapatkan rawatan di klinik berdekatan segera kerana keadaan anda memerlukan perhatian Doktor segera, Untuk mengetahui penyebab masalah anda, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan dan maklumat tentang diri anda adalah diperlukan. Pemeriksaan dan ujian tertentu juga mungkin perlu dilakukan bagi mengesan punca masalah ini dan merawatnya. Oleh itu anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan nasihat lanjut. Terima kasih.