
Sulit
5 tahun
Gangguan emosi dan tekanan perasaan
Salam Dr…
Sejak kebelakangan ini, saya selalu rasa tidak ada mood untuk buat apa-apa. Bila emak saya suruh mandi atau solat saya cepat untuk mengamuk. Saya tidak suka orang mengarah saya kerana saya tahu untuk melakukannya sendiri. Kadang-kala saya rasa seperti hendak bunuh ibu saya sendiri kerana stress dengan leterannya sepanjang hari. Saya juga mengalami gangguan stress kerja yang tinggi. Ditambah pula, ade beberapa rakan kerja menambahkan stress. Saya juga mengalami kurang keyakinan diri, cepat takut dan saya iuga ade penyakit ‘Selective Mutism’. Penyakit ni saya tahu saya ada kerana saya susah atau sukar untuk mengeluarkan perkataaan yang saya nak ketika saya berada dalam ketakutan. Dahulu saya sangkakan gagap tapi rupanya saya ada ‘Selective Mutism’. Secara kesimpulannya saya rasa saya adalah seorang yang jenis sukar kawal perasaan dan saya cepat terikut dengan emosi. Apa perlu saya buat doctor? Tolong saya.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah personaliti
- Bipolar disorder
- Skizofrenia
- Depressi
- Masalah keresahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor pakar psikiatri supaya anda boleh menceritakan masalah anda kepada beliau dan mencari penyelesaian bersam-sama. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.