
Sulit
4 tahun
Gila, Sakit Mental, tekanan jiwa, marah melibatkan memukul orang keliling
Saya ada kawan berusia 30tahun, dia kerap marah dan bila menghadapi tekanan dia pernah sampai tahap memukul orang yang dia sayang… adakah itu petandabdia memang ada sakit mental?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi oleh rakan anda yang kerap marah dan akan memukul orang apabila dia marah.
Untuk makluman pihak anda, sukar untuk kami membuat kesimpulan sama ada rakan anda mengalami masalah emosi atau mental. Hal ini kerana sebelum sampai ke diagnosis, terdapat banyak soalan yang harus diajukan, pemeriksaan serta mengambil kira diagnosis lain sebelum mebuat kesimpulan ianya adalah masalah emosi atau mental.
Bukan itu sahaja, rakan anda harus diperiksa oleh doktor pakar yang berkaitan sebelum diagnosis dibuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang rakan anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, rakan anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Rakan anda boleh terlebih dahulu berjumpa dengan doktor di klinik. Mereka akan memeriksa rakan anda terlebih dahulu sebelum merujuk anda kepada doktor pakar sekiranya perlu.
Buat masa sekarang, antara langkah yang boleh rakan anda lakukan sekiranya rakan anda mengalami kesukaran untuk mengawal emosi adalah:
- Hadiri sesi kaunseling mengenai masalah ini dengan pakar psikatri.
- Kerapkan berhubung dengan rakan-rakan melalui talian dan luahkan perasaan anda bagi mengurangkan perasaan beban.
- Kelilingi diri dengan rakan-rakan serta kenalan yang memahami dan yang memberi sokongan terhadap anda.
- Amalkan senaman yang seimbang. Jika anda mempunyai halangan untuk keluar, anda boleh lakukan senaman dalam rumah untuk meningkatkan keyakinan diri.
- Laporkan perkara ini kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kes penderaan yang perlu diketahui sebelum ia menjadi diluar kawalan.
- Timbulkan hobi atau minat yang baru yang boleh mengalihkan perhatian rakan anda daripada gangguan emosi yang dihadapi ketika ini.
- Mengelakkan tayangan media yang boleh mencenderungi ke arah depressi dan gangguan emosi serta kesihatan mental.
- Tontonilah tayang video yang bermotivasi dan memberi semangat serta keyakinan kepada rakan anda dalam segala kegelisahan yang berlaku ketika ini.
- Pastikan rakan anda mendapatkan tidur dan rehat secukupnya.
Dapatkan rehat yang diperlukan dengan tidur yang berkualiti.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.