
Sulit
4 tahun
Halusinasi dan kemurungan
Assalamualaikum Dr, saya ingin bertanya, saya mempunyai anak buah yang mempunyai simptom-simptom kemurungan dan mungkin skizofrenia namun saya tidak pasti dengan kesahihan itu. Saya nama kan dia J, J sering berhalusinasi apabila bersendirian. Pernah satu ketika dia ketawa, bercakap sendiri dan pernah mengadu dgn sepupunya dia be kawan dengan seseorang. Namun dia bukan seorang yg bersosial dan tidak pernah bergaul dgn org di luar. Dalam telefon pun tidak ada kenalan-kenalan selain drpd org saudara terdekat seperti pakcik, keluarganya. Saya di faham kan dia sangat sukakan anime sehingga dia obses dan suka melihat di youtube berkaitan anime. Dia terlalu obses sehingga menyebabkan dia sering menganggap anime tu wujud Di alam reality. Sepupunya ada menasihati agar kurang kan melihat youtube berkaitan anime. Tapi dia tidak mampu sebab dia dah terlalu ketagih. Dan sepupu juga ada menyatakan yg dia pernah cederekan diri dan sukakan darah. J memberi tahu sepupunya bahawa anime tu akan bawa dia pergi jauh sekiranya urusan j akan selesai nanti. Dan J membritahu sepupunya bahawa anime tadi yg selalu buat dia happy sekiranya dia dalam keadaan sedih dan sepi. Oleh itu, sekarang selepas saya dapat tahu. Saya buntu ingin meminta bantuan dengan siapa dan tindakan apa yg perlu saya buat. Saya mohon dan merayu doktor boleh menjawap persoalan saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak J. Namun jangan khuatir kerana anda semua tidak bersendirian dalam hal ini. Untuk makluman anda. gejala-gejala yang telah dijelaskan tersebut sememangnya merupakan salah satu indikasi dari gejala gangguan psikiatri yang sangat memerlukan bantuan dari ahli keluarga dan tenaga pakar (perubatan).
Kondisi seperti itu perlu dinilai oleh doktor psikiatri bagi menentukan antara yang berikut:
- gangguan spektrum personaliti anti sosial yang berat
- gejala depresi disertai gangguan psikotik
- gangguan tekanan selepas trauma (baca: post traumatic stress disorder)
- gangguan mental organik
- gangguan schizophrenia
- atau gangguan yang lain
Buat masa ini, J haruslah berbincang dengan ahli keluarga atau kawan terdekat sebagai sokongan emosi agar tidak lagi bergantung harap kepada watak fiksyen (anime) tersebut. Anda juga boleh berhubung dengan organisasi kesihatan mental untuk mendapatkan perkhidmatan kaunseling untuk J, sekiranya tidak boleh melawat klinik psikiatri buat masa ini. Kami juga menasihatkan J untuk tidak berasa rendah diri dan pendam perasaan runsing beliau, kerana ia hanya akan menambahterukkan lagi keadaan.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan J untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Dapatkan rehat yang di perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.