
zalyarashid
5 tahun
High Uric Acid Level
Saya berumur 34 tahun, wanita belum berkahwin, telah membuat ujian uric acid menunjukkan bacaan yang amat tinggi berbanding sebelum ini, iaitu 487mmo/l (sebelum ini masih dalam range below 6). Adakah bacaan uric acid menjadi tinggi jika perempuan mengalami period. Kerana ini kali pertama bacaaan saya melebihi 6.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, bacaan asid urik yang anda berikan perlu dirujuk dengan unit yang tepat. Bacaan normal dalam unit mg/dl bagi wanita dewasa adalah antara 2.6-6.0 mg/dl. Manakala bacaan normal dalam unit mmol/l pula adalah 155-357 mmol/l. Bacaan dalam unit mmol/l anda adalah sedikit tinggi dan ini boleh disebabkan:
- Makanan berprotein tinggi
- Lebih sel darah merah dihancurkan badan
- Kurang pembuangan asid urik oleh buah pinggang - kerana kurang minum air atau penyakit buah pinggang
- Kesan ubatan seperti aspirin
Sekiranya anda mengalami sakit pinggang atau sakit sendi yang melampau anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.