
Sulit
5 tahun
Ingin kan tambah zuriat
Saya ingin tambah zuriat tapi saya susah untuk hamil…dan bulan ini saya musykil sebab sejak dulu lagi saya period selalu je lambat tp bulan ni saya period awal 3 hari dari tarikh bulan lepas,adakah iaitu normal doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama 2 hingga 8 hari. Keterangan anda disini adalah kurang jelas mengenai kelewatan atau kedatangan haid awal anda.
Merujuk kepada sukar hamil, sebetulnya ketidaksuburan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- masalah pembentukan sperma
- kekurangan ovum atau ovulasi yang tidak teratur
- masalah organ-organ pembiakan
- masalah hormon
- parut atau sumbatan tiub fallopian
- akibat jangkitan jangkitan kelamin (STI)
- akibat endometriosis
- masalah luar sistem pembiakan seperti kelenjar tiroid, kelenjar pituitari
Sebaiknya puan dan suami mendapatkan konsultasi doktor pakar untuk merancang kehamilan anda dan mendeteksi masalah-masalah yang mungkin dihadapi agar dapat merancang kehamilan seterusnya dengan baik.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.