
Anonymous
5 tahun
Keluar air mani semasa tidur
Hello Dr, saya lelaki berumur 23 tahun. Sejak dari 2 tahun lepas, saya selalu mengalami masalah keluar air mani pada waktu tidur. Ianya berlaku kadang2, sebulan dalam 2 kali terjadi. Saya ingin bertanya adakah perkara yg saya alami ini normal atau satu penyakit. Saya jadi musykil. Apa yg saya perasan, kalau saya tidur dengan keadaan sekeliling saya rasa sangat sejuk, mesti keluar air mani waktu tidur. Kadang2 mimpi, kadang2 tu tanpa mimpi pun keluar juga. And lagi satu, kalau saya rasa badan saya terlalu penat, pun akan keluar juga. Minta penjelasan Dr. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Masalah yang anda hadapi adalah Nocturnal Emission, di mana ejakulasi berlaku pada waktu malam semasa anda tidur, walaupun tiada mimpi. Punca Nocturnal Emission belm dikenal pasti sehingga kini, tetapi ada kajian menunjukkan bahawa kadar testosteron dalam badan yang tinggi merupakan antara puncanya.
Tiada rawatan khusus untuk kondisi ini. Ada pendapat mengatakan bahawa masturbasi boleh mengurangkan kadar ejakulasi semasa tidur, tetapi tiada bukti yang kukuh untuk menyokongnya. Dalam kes kes kronik, penggunaan pil anti-kemurungan didapati boleh mengurangkan simptom tersebut. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor pakar urologi untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.