Sulit
3 tahun
Kencing tak lawas dan menganggu aktiviti seharian
Saya wanita bujang umur 25 tahun.saya mengalami masalah kencing lebih dari 8 kali setiap hari.setiap kali saya kencing,badan saya rasa lemah dan penat. saya kencing melebihi air yang saya minum.dekat vagina saya terasa benda berat dan menekan.saya syak rahim jatuh,saya jumpa dengan doktor dia check rahim saya okay,cuma mungkin lemah dan jatuh sikit kut.tapi adakah itu masalah nya atau ada masalah lain
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas, antaranya ialah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk anda kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.