Sulit
3 tahun
Air kencing keruh dan berdarah
hai doc, saya sekarang alami masalah air kencing keruh. nak bertanya, adakah air kencing keruh antara tanda masalah hati?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, air kencing keruh tidak berkaitan dengan masalah hati. Hal ini adalah kerana air kencing anda diproses di ginjal dan seterusnya dikeluarkan melalui air kencing. Namun, terdapat beberapa perkara lain yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.