Sulit
2 tahun
Ada serbuk Oren dalam urine
Hello doc …saya hamil 5bulan…dh beberape hari ni…saya dapati urine saya Ade serbuk Oren…pada Mula Nye sya ingt darah…tp bile saya perhatikan betul2…seperti pasir berwarna Oren…Ade kah merbahaya…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini mungkin disebabkan oleh:
- Makanan yang tertentu
- Masalah buah pinggang akibat perubahan badan dalam kehamilan atau dehidrasi
- Kesan ubat atau supplemen
Kami memerlukan maklumat yang lanjut untuk memberi penjelasan yang tepat. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda just boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.