Sulit
2 tahun
Kencing yang kerap namun sedikit
Kebelakangan ni saya asyik rasa nak kencing namun dalam amount yg sedikit. Perkara ini kerap terjadi saat mula hendak tidur. sebelum tidur akan rasa nak kencing dalam 3kali. Bahagian bawah perut merasa sakit ketika menahan kencing dan merasa tidak selesa dibahagian kelamin
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda mengalami masalah kerap kencing dan rasa tidak selesa bahagian kelamin.
Untuk pengetahuan anda, kerap kencing merupakan keadaan perlu membuang air kencing lebih daripada 6 kali sehari dan perlu bangun daripada tidur melebihi 2 kali semalam untuk ke tandas. Terdapat beberapa kategori untuk sebab kerap kencing.
- Kencing manis
- Kehamilan
- Masalah prostat/masalah rahim paling umum fibroid atau ovarian cyst
- Interstitial Cystitis atau jangkitan melibatkan bahagian saluran kencing
- Penggunaan diuretik untuk pesakit darah tinggi atau buah pinggang
- Strok atau penyakit-penyakit saraf digelar ‘neurogenik bladder’
- Minum terlalu banyak
- Pemanis tiruan, alkohol, kafein dan makanan-makanan lain
- Kanser pundi kencing
- Disfungsi pundi kencing
- Terapi radiasi
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.