Sulit
2 tahun
Jangkitan di salur kencing
Hi doktor,saya ada masalah jangkitan kuman di salur kencing jadi bila kencing,kencing saya akan berbuih.saya dah makan ubat doktor kasi tapi tetap berbuih masa kencing.jadi saya nak tanya kalau saya minum rebusan air barli adakah boleh hilangkan kencing berbuih itu.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan kencing kelihatan berbuih.
- Membuang air kencing dengan laju
- Dehirasi
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Pengambilan protein secara berlebihan atau masalah hypertensi, diabetes
Sekiranya masalah anda berpanjangan atau diikuti simptom-simptom seperti berikut, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
- darah dalam kencing
- sakit atau kegatalan bahagian sekitar
- sakit belakang yang merebak kepada bahagian bawah perut(pubis)
Rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang jangkitan saluran kencing
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.