Sulit
2 tahun
Masalah kencing dan najis berwarna hitam
Ayah saya berumur 44 tahun, kencing berwarna seperti air cola dan najis berwarna hitam. mata pun berwarna kuning tapi beliau tidak ada rasa apa-apa sakit. apa masalah beliau?
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ayah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan dalam sistem usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut
- Pengambilan ibuprofen atau pill zat besi (iron pills)
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Masalah kencing yang ayah anda alami pula boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya :
- Dehydrasi (Kekurangan minuman air)
- Masalah batu karang
- Jangkitan kuman pada saluran air kencing
- Masalah buah pinggang
Saya menyarankan anda supaya merujuk masalah ayah anda kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.