Sulit
2 tahun
Cecair putih keluar selepas kencing
doctor baru baru ini saya perasan selepas saya kencing terdapat cecair putih keluar selepas kencing. apakah yang menyebabkannya dan adakah ia normal atau sesuatu penyakit yang serious ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah cecair putih dalam kencing boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penyakit buah pinggang
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.