Sulit
2 tahun
Kencing berbuih setiap waktu pagi
Hai doktor, saya berusia 23 tahun, sejak raya ni saya mengalami masalah kencing berbuih, kencing berbuih ni berlaku waktu pagi dan saya perasan selepas pengambilan kopi berkafein. Waktu petang dan malam kencing sepeti biasa dan adakala berbuih juga. Waktu malam tidak kerap dan tidak mengganggu tidur hanya waktu subuh sahaja rasa ingin terkencing.
Kencing berbuih yang saya alami agak banyak buihnya dan ini merisaukan saya. mengikut artikal disini yang saya baca salah satu disebabkan mangkuk tandas mengandungi cecair antibakteria. Benarkah?
Apa patut saya buat untuk masalah ini?
Boleh doktor terangkan?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kencing berbuih boleh dikatakan normal, tetapi ada kalanya ia boleh memberi indikasi kepada masalah kesihatan. Punca-punca kencing berbuih adalah :
- Kelajuan membuang air kencing
- Dehirasi
- Jangkitan kuman pundi kencing
- Masalah buah pinggang
- Pengambilan protein secara berlebihan
Sekiranya masalah anda berpanjangan atau diikuti simptom-simptom seperti berikut, sila rujuk kepada doktor untuk nasihat lanjut.
- darah dalam kencing
- sakit semasa membuang air kencing
- sakit belakang yang merebak kepada bahagian pubis
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.