Sulit
3 tahun
Kaki lenguh dan kencing tak lawas
salam doktor, ada masa kencing saya tak lawas and everytime jadi mcm tu, dua2 belah kaki mesti rasa lenguh. saya perasan dia akan jadi macam ni kalau saya tengah period. tapi ada jugak jadi masa tak period. agak2 kenapa ya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, kaki lenguh pada sekitar waktu haid adalah antara simptom normal dalam kitaran haid. Kesakitan sewaktu haid boleh merebak ke peha, lutut dan kaki. Namun begitu, ia juga boleh disebabkan endometriosis. Selain daripada simptom haid, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah sendi
- Masalah saraf
- Masalah otot
- Masalah tulang
- Kecederaan akibat daripada trauma
- Kurang zat dan nutrient seperti kalsium, magnesium dan sebagainya
- Kekurangan potassium
- Dehidrasi
Antara punca kencing tidak lawas pula adalah:
- Jangkitan saluran kencing, pundi kencing atau buah pinggang
- Masalah batu karang
- Terdapat kecederaan pada saluran kencing, pundi kencing atau pada buah pinggang
- Masalah pada struktur saluran kencing, buah pinggang atau pundi kecing, atau struktur sekitarnya.
- Ketumbuhan pada organ wanita
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.