Sulit
3 tahun
Rasa tak selesa pada selepas kencing terutama pada alat kelamin
saya berumur 24 tahun dan sedang mengalami ketidakselesaan pada saluran kencing saya apabila saya telah buang air kecil… ia seakan akan membuat ngilu dan tidak selesa serta membuat saya tak dapat tidur dengan lena…blh bantu saya tak doktor…saya takut doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Masalah sakit pinggang dan ketidakselesaan pada alat sulit pula boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi kesihatan seperti:
- Jangkitan kelamin
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada zakar yang dijangkiti kuman dan bernanah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.