Sulit
4 tahun
Kesan menggunakan air liur sebagai pelincir
Adakah menggunakan air liur mulut sebagai pelincir di vagina boleh menyebabkan berlaku sebarang penyakit/jangkitan kuman?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami fahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk makluman anda perbuatan menggunakan air liur mulut sebagai pelincir seks adalah sangat tidak digalakkan. Hal ini kerana ia berisiko untuk menyebabkan jangkitan kuman pada mulut (hasil daripada pemakanan anda atau udara yang masuk ketika anda bercakap) menjangkiti faraj anda.
Anda disarankan untuk menggunakan pelincir seks yang lebih selamat di farmasi. Anda disarankan untuk menggunakan pelincir yang berasaskan air. Anda cuma perlu mencari pelincir yang tiada glycerin kerana ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kulat. Pelincir silicon dipercayai mempunyai bahan kimia cyclomethicone, cyclopentasiloxane dan cyclotetrasiloxane yang boleh menyebabkan kanser rahim dalam jangka masa panjang.
Namun begitu, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih