
Sulit
4 tahun
Ketulan putih kekuningan berbau keluar melalui ruang tekak
Boleh saya tahu kenapa selalu keluar ketulan putih yang berbau (seperti kahak beku) melalui tekak saya. Ia menyebabkan nafas berbau busuk.
Apa punca dan cara pencegahan atau rawatannya? Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil
- Karang tonsil
- Jangkitan kelenjar air liur
- Jangkitan noda limfa
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Rawatan adalah berbeza mengikut diagnosis dan punca mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Terdapat dua cara untuk merawatnya:
- Antibiotik
- Pembedahan
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.
Sekiranya anda mengalami gejala berikut, sila berjumpa dengan doktor dengan segera:
- Demam
- Sakit tekak
- Nafas berbau
- Sukar untuk menelan makanan atau minuman
- Pergerakan rahang terbatas
- Gejala yang dialami mengganggu aktiviti harian dan tidur
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.