Sulit
3 tahun
Tonsil tekak sejak bulan 6
Asalamualaikum dan Selamat sejahtera
doktor. Saya berumur 21 tahun dan bulan puasa yang lalu, saya ada rasa tak sedap tekak dan sampai sekarang tekak saya terasa sakit dan susah bernafas. setiap malam tekak saya akan menjadi kering padahal saya hari-hari minum air suam dan elakkan makan benda yang pedas dan susah ditelan. Adakah patut saya berjumpa doktor? saya dah tak tahan dengan sesak nafas dan susah tidur malam kerana saya ada insomnia dan anxiety
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- jangkitan kuman
- inflamasi saluran tekak
- gangguan tonsil
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
- komplikasi dari penyakit saluran makan
Disamping itu, kesusahan untuk bernafas yang dialami boleh terkait dengan gangguan di atas, namun ia juga boleh disebabkan oleh:
- gangguan jantung
- tanda-tanda gangguan pernafasan
- atau gangguan penyakit yang memerlukan pemeriksaan yang lebih khusus
Oleh itu, saya sarankan, untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.