Sulit
3 tahun
Sakit tekak hingga dada
sy lelaki 18 tahun… baru hari ni sya rsa sakit di bhgian tekak hingga ke dada… sy xpasti apakah puncanya…nak menelan air liur dan makanan pun susah
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, kami memahami anda mengalami masalah sakit tekak sehingga ke dada. Ia diikuti dengan kesukaran untuk makan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan gejala yang anda nyatakan boleh berpunca daripada perkara tersebut:
- GERD (gastro-esophageal reflux disease)
- Radang esofagus
- Gastrik
- Pneumonia
- Asma
- Tibi
- Radang pharynx
Senarai di atas adalah diagnosis umum. Nasihat rawatan serta diagnosis tepat tidak dapat diberi kerana tiada perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal yang sepatutnya.
Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau pakar kami secara atas talian. Anda juga perlu sentiasa memastikan minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.