Sulit
3 tahun
Sakit tekak tidak selesa
Saya ingin bertanya saya ada rasa tekak tidak selesa tetapi saya dah buat test covid -negetive and saya telah buat check up utk tyroid dan uji darah adalah -negative tetapi saya rasa mcm ada something yang membuat rasa tidak selesa menelan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan sakit tekak. Antaranya adalah:
- Jangkitan virus - ia sepatutnya hilang selepas beberapa hari.
- Alahan (Allergies)
- Kanser Nasopharyngeal
- False negative COVID-19
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat, sekiranya gejala-gejala kekal. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.