Sulit
3 tahun
Tekak seperti luka pedih
hye,nak tanya patutkah saya pergi ke klinik lagi…saya sudah 1 minggu lebih sakit tekak,doktor cakap ada bengkak di sebelah kiri…dan saya baru terkena gerd…dan ubat sakit tekak juga sudah habis…tetapi sekarang tidak ketara sakit nya,cuma ketika ketawa atau bercakap akan terasa pedih seperti luka…apakah saya patut ke klinik lagi,atau adakah makanan atau minuman supaya saya boleh cepat legakan pedih tekak…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kuman
- Radang tonsil
- Radang tekak
- Kecederaan pada tekak akibat batuk atau makanan
- Masalah tiroid
- Tersekat benda asing
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.