Sulit
3 tahun
Batuk batuk dan rasa leher kepala macam ada gelembung
Batuk batuk dan rasa leher kepala macam ada gelembung
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala terasa mempunyai sesuatu di tekak boleh disebabkan oleh berbagai jenis keadaan tubuh, lazimnya termasuk:
- tonsil yang membesar
- penyakit saluran makan (i.e. gastrik, GERD)
- pengambilan ubat-ubatan yang tidak terkawal
- efek sampingan dari ubat (rasa mual)
- stress otot yang berlebihan (otot esofagus mencengkam)
boleh juga disebabkan oleh:
- gangguan organ tiroid
- jangkitan kuman
- gangguan muskuloskeletal atau saraf
- benda asing di tekak
- mahupun perasaan cemas atau stres semata-mata
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus dari dokor pakar yang sesuai, kita tidak boleh menjamin punca sebenar sakit yang anda alami, apatah lagi merekomendasikan rawatan. Walaubagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda dinasihatkan untuk:
- memastikan makanan dikunyah sepenuhnya sebelum menelan
- kurangkan makan makanan yang terlalu kering
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor sekiranya gejala berlarutan atau menggangu rutin harian anda
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.