Sulit
3 tahun
Rambut berasa di dalam kerongkong
saya pelajar berusia 13 tahun dan saya mendapati seperti ada rambut di kerongkong saya , bila sahaja saya makan atau minum dia masih ada , rambut itu tak mahu menurun dari situ dan tidak bergerak kemana ” terasa ada dua laluan bila saya hendak menelan . boleh saya dapat penjelasan dari doktor apa yang sebenarnya terjadi macam masalah ni ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, perasaan seperti ada sesuatu yang tersangkut pada tekak atau kerongkong adalah sangat subjektif dan ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara atau penyakit, iaitu:
- Ketumbuhan nodal pada kotak suara ( vocal nodules ). Ini selalunya akan mengganggu suara anda dengan sekaligus.
- Penyakit refluks esofagus dimana anda juga akan mengalami sakit pedih ulu hati dan sakit dada.
- Ketegangan otot tekak
- Sakit tekak akibat menggunakan suara lantang yang berlebihan.
- Keradangan tonsil atau tonsil bengkak, namun anda juga akan mengalami simptom-simptom lain seperti demam dan sakit menelan
- Kegelisahan atau gangguan stress
- Penyakit tiroid. Namun anda juga akan mengalami simptom-simptom tiroid seperti menggigil, degupan jantung laju serta mudah rasa panas atau sejuk.
- Masalah rembesan air liur dari kelenjar air liur. Ini akan menyebabkan tekak anda sentiasa kering.
- Dehidrasi
- Ketumbuhan sesetengah kanser seperti kanser tekak. Namun, ini adalah sangat jarang
- Terdapat sesuatu bahan asing yang tersekat. Oleh itu, seperti yang anda perihalkan di atas.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.