Sulit
3 tahun
Tekak bengkak tapi tak sakit
Salam sejahtera doc…utk makluman doc tekak sy ada benjolan yg agak banyak dan muncul setahun lalu bmula dgn benjolan kecil. Sy ada esofagitis dan gastristis sejak setahun lalu setelah menjalani endoskopi pada bln 12 2020. Apakah cara utk sy atasi masalah ini?setakat ini ianya tidak sakit tp rasa kering sangat selepas bgun pagi.
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda , gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- tonsil yang membengkak
- kelenjar adenoid yang membengkak
- Masalah tiroid goiter (hiper atau hipo-tiroid)
- Thyroglossal cyst (Sist tiroglossal)
- Radang nod limfa
- Sist brankial (Branchial cyst)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.