Sulit
3 tahun
Sakit tekak , batuk dan kadang kadang sukar bernafas
Saya wanita berusia 21 tahun, saya mengalami sakit tekak bermula 3 hari yang lepas hingga harini. Pada awalnya cuma rasa sakit biasa. Pada malam hari pertama saya sakit tekak saya ada bersin bersin tetapi saya beranggapan yang itu adalah resdung jadi saya abaikan. Masuk hari kedua masih ok pada waktu pagi dan tengahari tetapi masa rasa tidak selesa pada bahagian tekak. Pada hari kedua waktu petang, saya dah mula batuk batuk disebabkan rasa tidak selesa pada bahagian tekak, bersin bersin, kadang kadang berhingus cair warna jernih dan kadang kadang tidak ada hingus. Waktu malam kejadian yang sama sakit tekak yang berterusan batuk yang berterusan dan bersin lagi parah kadang kadang saya sukar untuk bernafas menyebabkan saya sukar untuk tidur dan terjaga. Untuk makluman doktor say tidak mengalami sakit kepala, dan suhu badan saya normal. Apakah langkah yang perlu saya ambil doktor.
Terima kasih doktor and stay safe.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Post-nasal drip
- Keradangan amandel
- Keradangan resdung
- Polip
- Jangkitan
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.