Sulit
3 tahun
Sakit tekak sebelah kiri
Saya lelaki berumur 17 tahun…saya mengalami sakit tekak yang teramat teruk sehingga suara saya hilang dan tidak boleh menelan dan merasa bengkak di tekak sebelah kiri…adakah doktor boleh bagi tips supaya sakit tekak saya boleh cepat reda
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, sakit tekak, suara hilang, sukar menelan dan rasa bengkak boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kecederaan pita suara
- Jangkitan tekak
- Radangan amandel
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Ketumbuhan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.