Sulit
3 tahun
Sakit tekak setelah pengambilan antibiotik
Saya wanita 20-an, 28 hari berpantang bersalin secara czer. Pada hari ke-26, saya dapati luka czer saya mula berair dan terbuka setelah benang tercabut, dan saya dibekalkan antibiotik untuk dimakan selama 5 hari. Pada hari ke-2 pengambilan antibiotik saya mula terasa tekak saya sakit selepas tiap kali pengambilan antibiotik tersebut, walaupun hanya menelan air liur. Adakah antibiotik tersebut yang menyebabkan hal ini terjadi? Atau mungkin hanya kebetulan sahaja? Terima kasih untuk jawapan☺️
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah sakit tekak boleh disebabkan oleh:
- Jankitan bakteria atau virus
- Tonsilitis
- Alahan pada habuk, bulu haiwan atau gigitan serangga
- Radang tekak (laryngitis ataupun pharyngitis)
- Jangkitan kuman bakteria atau virus
Kembali kepada soalan anda, antibiotic selalunya tidak menyebabkan sakit tekak sebaliknya digunakan untuk menyembuhnya. Anda mungkin tidak meminum cukup air untuk menghidratkan diri anda menyebabkan badan anda kurang air dan menyebabkan sakit tekak.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.