
Sulit
4 tahun
Kulit pedih after kayap diatas permukaan lulit sudah kering
Hai Dr… Atok saya baru lepas kena kayap dibahagian muka belah kanan… Secara fizikalnyaaa luaran kulit yang kena kayap sudah kering ikot kan sudah 30 hari beransur pulih. Tapi kenapaya yaaa kulitnyaaa terasa pedihhh walaupun telah sapu krim antiviral?? Apa yang sesuai untuk merawat kulit pedih itu ya?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Kulit yang luka atau parut kayap tersebut semakin sembuh menyebabkan sakit
- Penyakit tersebut masih belum pulih sepenuhnya dan organisma penyebab kayap tersebut masih berada di saraf kawasan yang terjejas
- Penggunaan ubat tahan sakit yang tidak bersesuaian (ubat tahan sakit yang bersesuaian termasuklah penggunaan NSAIDS, opiods, acetaminophen dsb)
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.