
Sulit
4 tahun
Lemah tenaga batin / mati pucuk
Saya berusia 40 tahun…saya telah berkahwin selama 11 tahun , saya punyai masalah lemah tenaga batin sejak kahwin lagi…tetapi sejak dua bulan ni masalah saya makin ketara…Zakar saya tegang sementara sahaja dan cepat keluar air mani…saya runcing dengan masalah ini…adakah rawatan yang sesuai dan juga ubat ubatan yg sesuai dengan saya

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah sangat terbatas apabila menggunakan medium forum ini.
Bagi merungkai sedikit masalah yang dialami tuan, umum harus mengetahui bahawa seiring dengan waktu dan umur, kemampuan batin seseorang lelaki akan beransur menurun. Namun setiap individu mempunyai jalan cerita yang berbeza.
Ingin juga saya sertakan antara punca-punca yang menyebabkan mati pucuk adalah seperti:
- Faktor usia & hormon
- Masalah psikologi
- Kecederaan zakar
- Masalah kesihatan yang menyebabkan saluran darah dan saraf zakar terjejas iaitu:
a) Penyakit jantung
b) Diabetes
c) Obesiti
d) Kolesterol tinggi
e) Darah tinggi
Cara merawat “mati pucuk” adalah melalui dua kaedah iaitu kaedah ubatan dan juga kaedah pengubahsuaian gaya hidup.
Kaedah pengubahsuaian gaya hidup termasuklah
- Amalkan gaya hidup sihat (bersenam, pemakanan yang sihat, dll.)
- Kurangkan berat badan (kolesterol dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Elakkan merokok (merokok dapat mengganggu sistem saluran darah)
- Pengambilan ubat-ubatan (i.e viagra, staxyn, cialis, dll.) - ubat bagi masalah ini memerlukan preskripsi atas sebab kesan ubat ini
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Untuk mendapatkan rawatan lanjut, anda boleh klik pada link yang tertera (DoctorOnCall). Jangan khuatir kerana kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.